Home

Salam Mesra dari kami Crustacea Aquaculture. Kami adalah syarikat pengedaran benih Udang Kara Air Tawar yang beroperasi di Kajang, Selangor.

Kepakaran syarikat kami adalah penternakan akuakultur Udang Kara Air Tawar, memberi bimbingan teknikal serta membekalkan benih Udang Kara Air Tawar kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini.

Berkonsepkan teknik penternakan dari rumah, kami yakin dan pasti bahawa kami adalah antara pembimbing dan pengedar benih yang tahan lasak, mudah diternak walaupun anda seorang yang baru mahu berjinak-jinak dalam bidang penternakan.

Ayuh, mulakan langkah anda dalam bidang penternakan Udang Kara Air Tawar ini kerana pada zaman sekarang, ekonomi semakin mencabar. Kita perlu berusaha menghasilkan sumber makanan dan kewangan dari rumah untuk keselesaan ahli keluarga kita dan mampu memberi manfaat kepada orang lain di sekitar kita.

Salam perkenalan dari kami Crustacea Aquaculture.

Ingat tagline kami….

“TERINGATKAN UDANG, TERINGAT CRUSTACEA”

Create your website at WordPress.com
Get started
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close