Siput liar? Bahaya atau tidak?

Siput liar banyak terdapat di perairan tali air dan sungai-sungai. Bila kita mengambil pokok liar untuk digunakan dalam tangki ternakan kita, akan ada siput-siput ini melekat pada akar, batang serta daun tumbuhan.

Salah satu spesis siput liar.

Persoalan ramai orang, bahaya ke siput-siput liar ni?

Jawapannya mudah.. Bergantung kepada jenis haiwan air yang kita pelihara. Jika kita membela ikan, kemungkinan siput untuk dimakan rendah, berbanding membela lobster air tawar.

Populasi siput akan menjadi tidak terkawal jika pemangsa mereka kurang. Pemangsa siput terdiri daripada udang, sesetengah ikan, dan burung liar. Jadi, jika anda jumpa siput liar dalam tangki lobster anda, biarkan. Hal ini kerana siput adalah makanan ringan, seperti snek untuk lobster. Siput membekalkan sumber kalsium dan protein untuk makan malam lobster anda.

Kalsium penting untuk udang bersalin kulit dan protein penting untuk membina isi tubuh lobster. Hasilnya, lobster anda membesar dengan kadar yang pantas dan sihat jisim tubuhnya.

Maka, apa lagi, jom ternak lobster air tawar. Lawati transit farm kami di Kajang, Selangor untuk sesi coaching ‘one to one’, dan yang paling utama, coaching adalah PERCUMA 100%,tidak kira anda membeli dari kami atau tidak, kerana kami di sini adalah penyebar ilmu.

Ikhlas dari kami, Crustacea Aquaculture.
“Teringatkan Udang, Teringat Crustacea”

Design a site like this with WordPress.com
Get started
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close